Thursday, February 5, 2009

MEMPERKASA P&P

MEMPERKASA P&P

PENGURUSAN BILIK DARJAH MASA KINI

KERTAS KERJA:

IDEA PENGURUSAN BILIK DARJAH – ke arah P&P yang efektif dan menjimatkan
Oleh:
Hj.Rodzli Hashim
Guru Cemerlang Geografi
SMK Dato’ Syed Omar

1.Pengenalan:

1.1 Keadaan bilik darjah untuk P&P masa kini :

a) Saiz antara 20-25 kaki x 24-30 kaki
b) Jumlah kerusi/meja ditempatkan : 35 – 45 buah
c) 1 meja guru
d) 1 “plug power” terletak di tiang tepi tengah bilik – menyukarkan guru untuk memasang komputer/laptop – guru perlu membawa “ex-plug”.
e) Beberapa kelas dipasang sistem audio (speaker box )untuk penggunaan komputer – tetapi tidak menyeluruh.Pemasangan melalui tender pusat . Ada yang tidak berfungsi.
f) Beberapa kelas dipasang sistem LCD dan skrin secara tender pusat. Namun ada yang tidak berfungsi kerana kerosakan teknikal, masalah keselamatan dan cara pemasangan yang menyebabkan mudah dirosakkan oleh pelajar.
g) Beberapa kelas dipasang skrin untuk tayangan LCD secara tender pusat .Tetapi skrin tersebut dipasang menutup papan hitam. Sepatutnya dipasang di sudut depan kelas selaras dengan saranan teknik pemasangan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan.
h) Kebanyakan kelas berkeadaan cerah kerana tiada tirai penggelap untuk membolehkan tayangan LCD di skrin lebih jelas.
i) Sebahagian besar bilik darjah di sekolah hanya mempunyai meja,kerusi,meja guru, papan hitam dan papan kenyataan.

1.2 Masalah yang timbul akibat situasi bilik darjah masa kini :

a) Guru sukar untuk menggunakan alatan teknologi ( ICT / audio-video ) untuk memastikan P&P berkesan kerana faktor-faktor para 1.1 di atas.
b) Kedudukan “plug power” menyukarkan guru untuk menggunakan alatan audio atau laptop dan LCD.
c) Pengurusan sekolah sering meminta guru melakukan P&P yang terbaik, menggunakan alat bantu yang sesuai, memanfaatkan ICT yang disediakan oleh kerajaan. Namun keadaan-keadaan di atas menjadi penghalang. Sedangkan kerajaan telah membelanjakan wang yang banyak untuk ICT di bilik darjah.
d) Pemasangan LCD dan skrin untuk semua bilik darjah melibatkan kos yang sangat tinggi.




2. Cadangan
2.1 Ke arah mengurangkan kos atau penjimatan dan keberkesanan pengajaran :

a) Gantikan tender pemasangan skrin dan sistem LCD dengan sistem TV LCD atau TV Plasma kerana kaedah ini lebih murah dan efektif.
b) Perbandingan kos :

Sistem LCD dan ICT
Alatan Anggaran RM
1 unit LCD EPSON RM 4 000.00 – 6 000.00 *
1 unit skrin RM 250.00 – RM 300.00
Set “connecting system” dan “ kotak gantung LCD” RM 2 000.00
Tirai menggelapkan bilik ( 1 buah bilik ) RM 1 000.00 – 1 5000.00
Sistem speaker / auido RM 1 000.00
JUMLAH KOS RM 8 250.00 – 10 800.00
• Harga pasaran semasa

Kelemahan lain penggunaan LCD :

• Guru hanya boleh guna laptop dan LCD sahaja untuk P&P
• Tanpa tirai, bilik menjadi cerah dan LCD kurang jelas
• Proses pemasangan alatan oleh guru lebih rumit dan memakan masa. “Setting” LCD ke laptop kadangkala menimbulkan masalah “keserasian” LCD-jenis laptop.
• LCD mempunyai jangkahayat “bulb” dan kos menggantinya sangat tinggi ( anggaran RM 1000.00 – 1 500.00 satu )


Sistem TV LCD atau TV Plasma
Alatan Anggaran RM
1 unit TV LCD / Plasma 42 inci RM 3 000.00 – 5 000.00 *
1 unit skrin Tak perlu
Tirai menggelapkan bilik ( 1 buah bilik ) Tak perlu
Sistem speaker / auido Tak perlu
JUMLAH KOS RM 3 000.00 – 5 000.00
• Harga pasaran semasa bergantung kepada saiz tv
• TV LCD lebih jelas dan terkini berbanding tv plasma

Kelebihan penggunaan tv LCD / Plasma:
• Guru boleh guna laptop melalui “tv out put” ke skrin tv
• Saiz tv 36 – 42 inci boleh meliputi pandangan sebuah kelas
• Tak perlu tirai penggelap bilik kerana skrin tv boleh dilihat dengan jelas walaupun dalam keadaan bilik terbuka.
• Guru boleh menggunakan siaran tv semasa mengajar.
• Skrin tayangan tidak perlu lagi – menjimatkan kos dan penyelenggaraan.
• Tv lebih murah kos penyelenggaraan kerana tiada jangkahayat .
• TV LCD / Plasma masa kini boleh dipasang secara gantung di hadapan kelas – lebih selamat dan sukar untuk dicuri.
• Proses pemasangan alatan sebelum mengajar lebih ringkas dan cepat : “On Tv” , “On laptop” dan tekan butang “tv out put “. Penggunaan ICT boleh terus dilaksanakan.
• Pada masa terluang atau masa guru ganti – pelajar boleh ditayangkan dengan siaran TV pendidikan yang kini menjadi isu kurang digunakan oleh guru. Selama ini, jika guru ingin menggunakan TV Pendidikan, ia perlu membawa pelajar ke Pusat Sumber atau bilik yang ada TV serta perlu sesuaikan masa kelas dengan masa tv pendidikan.
• Dalam jangka panjang, sekolah boleh mewujudkan sistem sambungan tv kelas dengan berpusat di pejabat sekolah – memudahkan sebaran maklumat dan siaran semasa.

Contoh tv LCD / Tv Plasma





Penggunaan tv plasma dalam P&P di negara maju



2.2 Cadangan plan bilik darjah moden / kondusif kepada inovasi P&P :

almari Papan putih

pintu





K

O
R Meja murid
I
D
O
R






pintu

Papan kenyataan dan rak buku / alatan

3. Rasional

3.1 Idea ini datangnya dari guru yang setiap hari keluar masuk dalam bilik darjah. Guru ini terpaksa memikirkan berbagai cara untuk menghasilkan P&P yang terbaik, tidak membosankan dan berkesan .

3.2 Seringkali dalam mesyuarat guru, guru-guru diminta menghasilkan pengajaran yang baik, bekesan, tidak menjemukan. Namun, apa yang ada dalam bilik darjah kebanyakannya ialah meja dan kerusi, tingkap cermin yang kadangkala sempurna, warna kelas yang luntur, papan hitam malahan ada di setengah sekolah pintu kelas pun tak ada. Jadi, bagaimanakah P&P akan cemerlang ?

3.3 Perbelanjaan sekolah / kementerian banyak dihabiskan untuk keceriaan fizikal di luar sekolah dengan pelbagai jenis tugu, pondok rehat, lantai berjubin atau taman-taman serta air terjun yang indah. Seelokknya, mulai tahun 2009, kementerian patut fokus kepada bilik darjah yang ceria, kondusif dan lengkap dengan prasarana untuk memudahkan guru berinovasi dalam P&P.

3.4 Rata-rata keadaan kelas di sekolah-sekolah luar bandar dan pedalaman lebih “daif” . Kementerian patut membuat kajian dan tinjauan bagi mendapatkan data serta maklumat sebenar. Keadaan ini melebarkan lagi jurang pendidikan bandar dan luar bandar yang ingin diatasi dalam PIPP.

3.5 Walaupun keadaan kelas boleh dipertanggungjawabkan kepada Pengetua atau Guru Besar untuk memastikan keceriaannya, namun, fokus bilik darjah bukanlah keutamaan untuk dihabiskan kos yang tinggi.

3.6 Selari dengan peredaran zaman, tahap pengetahuan pelajar yang semakin meluas melalui langit tanpa sempadan, sudah sampai masanya kita memberikan perhatian kepada pengwujudan bilik darjah yang moden dan selesa.


Disediakan oleh:

Hj.Rodzli Hashim
Guru Cemerlang Geografi (Gred Khas C )
SMK Dato’ Syed Omar, Alor Star

peta

kartun

ESEI KALAU TAK DIPECAHKAN RUYUNG

KALAU TAK DIPECAHKAN RUYONG

PERANCANGAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN

KEBERKESANAN P&P :
KALAU TAK DIPECAHKAN RUYUNG !

Oleh: Hj.Rodzli Hashim
Guru Cemerlang Geografi
SMK Dato’ Syed Omar,Alor Star , Kedah
Hp: 012 475 8442 / rodzli_mgc@yahoo.com